Home » Features » Apakah Makanan kegemaran Penyampai Era FM Sabah? Ily, Beebey, Christ, Lopz and Kim

Apakah Makanan kegemaran Penyampai Era FM Sabah? Ily, Beebey, Christ, Lopz and Kim

ILY : Setiap hujung minggu Ily tidak akan lepas peluang untuk “brunch” Rojak dan Soto. Ini dikira seperti acara wajib setiap hari Ahad untuk makan di Sri Rejeki bersama keluarga. Rojak dan Soto Sri Rejeki memang tidak pernah menghampakan. Sedap, harga berpatutan, mengenyangkan dan lokasi kedai di Metro Town dan Lintas memang sangat senang untuk parking dan dekat dengan rumah Ily. Itulah sebab kenapa Rojak dan Soto makanan yang wajib makan di Sabah.

Era FM Sabah announcerLOPZ: Bagi saya, soal pasal makan saya tidak akan berkira langsung asalkan harga berpatutan dan sedap di kunyah dalam mulut dan enak bila di telan. Dalam satu minggu, saya mesti akan pergi di restoran yang bernama Kentin Bakut jalan Tuaran Bakut. Makanan yang saya suka sana ialah Tom Yam Seafood. Rasanya enak, berlemak dan pedas kegemaran saya. Era FM Sabah announcer

BEEBEY : Apa yang Beebey suka makan? Haa, jawapannya ialah makanan laut. Contohnya ikan masak tiga rasa , ketam atau sotong masak telur masin. Walaupun Beebey berbadan kecil tapi selera boleh sampai 3 piring tambah nasi. Tidak kira hujung minggu atau hari-hari biasa , Beebey akan makan bersama suami dan keluarga. Sekali sekala makan luar memang siok! Tempat yang selalu kami pergi ialah di Anjung Selera Tanjung Lipat. Memang senap!

Era FM Sabah announcerKIM : Stay Stay dulu bah! Perut berkeroncong memang tidak dapat di elakkan bila lapar! Jadi, menu yang selalu menjadi santapan saya ialah Bakso Kaki Ayam dan juga Sayap Ayam Madu. Selera saya berubah-berubah. Untuk stay-stay sambil makan bersama teman. Saya memilih untuk makan di Restoran Bakso Kaki Ayam Asia City. Sedap dan harga pun berpatutan. Hujung minggu bersama keluarga pula, saya akan menikmati makanan ikan masak tiga rasa dan udang butter di restoran Diana Food Corner yang terletak di Tanjung Aru. Era FM Sabah announcer

CHRIST : Christ seorang yang sangat tidak memilih soal makanan. Tapi jika diberi pilihan, semestinya makanan tempatan Sabah seperti Hinava, Tuhau, Bambangan dan masakan kampung. Kalau boleh masakan yang dimasak menggunakan kayu api lagi CUN! Kalau soal tempat makan pula, Christ gemar mencari  lokasi baru yang tidak pernah dikunjungi seperti gerai  makan di pelusuk kampung dan tepi jalan.

Era FM Sabah announcer

The following two tabs change content below.

Joanne Lee

Chief Eater Extraordinaire of Sabaheats
I cook, I eat and I always looking for good food!